2015 : LUARBIASA

PELUANG DAN CABARAN PERNIAGAAN F & B (SOHO Entrepreneurship)

 

SOHO2015-Peluang dan Cabaran Perniagaan FnB

Tahun 2015 akan lebih mencabar bukan sahaja kepada para usahawan malah turut dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Kerajaan mengurangkan perbelanjaan Negara. Petronas mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30 peratus disebabkan penurunan harga minyak dunia. Matawang Ringgit jatuh ditahap amat rendah berbanding matawang asing. Kenaikan harga barangan dan ramai pekerja swasta yang diberhentikan kerja amat merunsingkan setiap lapisan masyarakat.


Untuk mengatasi masalah ekonomi yang mendatang, ramai yang tercari-cari peluang untuk menambah pendapatan keluarga. Ramai yang berfikir-fikir ingin menjadi usahawan. Bidang yang paling popular adalah perniagaan makanan & minuman (F&B). Ramai yang menyangka memulakan perniagaan makanan & minuman (F&B) adalah mudah dan menguntungkan sebab semua orang perlu makan walaupun di dalam kegawatan ekonomi. Realitinya, ramai yang menghadapi pelbagai masalah dan ada juga yang “terbakar tangan” apabila menjalakan perniagaan F & B.
Oleh itu, siapkan diri sebelum anda membuat keputusan untuk “terjun” ke bidang perniagaan F & B khususnya dan keusahawanan amnya.


Usahawan SOHO menyediakan ekosistem menyeluruh untuk usahawan memula dan mengembangkan perniagaan. Melalui SOHO Academy yang baru ditubuhkan, bakal usahawan dan usahawan sedia ada dapat menyediakan diri dari segi Ilmu Keusahawanan, Pengurusan dan Kepimpinan yang bakal membawa perniagaan usahawan tersebut lebih jauh dan tahap yang lebih tinggi.

Usahawan SOHO ingin menjemput semua usahawan dan bakal usahawan ke program ulung kami untuk tahun 2015.


2015 : LUARBIASA
PELUANG DAN CABARAN PERNIAGAAN F & B

SABTU, 24 JANUARI 2015
9:00 PAGI – 5:30 PETANG
MSC MALAYSIA TECHNOLOGY COMMERCIALISATION CENTRE
MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU), CYBERJAYA

Para peserta akan mempelajari dan membawa pulang banyak perkongsian yang dapat dimanfaat kemudian. Antaranya:


1. Mengenali Usahawan SOHO dan bagaimana ia dapat membantu usahawan
2. Mengenali SOHO Academy dan program-program yang ditawarkan sepanjang tahun
3. Peluang Kolaborasi dan Perniagaan bersama Usahawan SOHO
4. Perkongsian oleh 2 orang Usahawan FOODPRENEUR yang akan berkongsi tentang “Food Truck” yang menjadi fenomena masa sekarang dan “Market Access” iaitu bagaimana membuka “channel” memasuki rantaian runcit seperti Circle K.
5. Perkongsian pengalaman mengharungi kegawatan ekonomi tahun 1997 dan 2007 oleh Pengasas Usahawan SOHO.
6. Sesi Networking bersama usahawan
7. BONUS: Bengkel Business Model Canvas 101 (BMC) bernilai RM 150.00. Sesi bermula pukul 2.00 petang. (Nota: Mesti hadir sesi pagi)

Agenda:
9:00am Pendaftaran Peserta
9:30am Pembukaan Majlis & Taaruf
10:00am Pengenalan Usahawan SOHO
10:30am 3 Langkah Mudah Mencapai Impian
11:00am Perkongsian Usahawan Foodpreneur, Chef Teddy, The Chef Teddy’s Kitchen
11:30am Perkongsian Usahawan Foodpreneur, Puan Rita, SugarCo
12:00pm Peluang Perniagaan: SOHO 2020 dan SOHO Café
12:30pm Pengenalan: SOHO Academy & SOHO Tribe
01:00pm Makan Tengahari – Solat Zohor – Networking
02:30pm BONUS: Bengkel Business Model Canvas 101 (BMC)
05:30pm Bersurai

DAFTAR SEGERA ! TEMPAT ADALAH TERHAD!


SMS / WhatsApp <BENGKEL><Nama Penuh><Emel> ke 013-208 4394

HADI 013-208 4394
NADIA 011-3215 6088
SHUKOR 012-238 2312

Tags: , , ,

Leave a Comment